BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUSETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Bilakah tempoh pencalonan bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan setiap tahun dibuka?

Jawapan :

Pencalonan bagi Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setiap tahun lazimnya dibuka bermula bulan September atau Oktober tahun sebelumnya dan ditutup pada penghujung bulan November tahun yang sama.

2. Bagaimanakah pencadang dapat mengetahui keputusan pencalonan yang berjaya bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP)?

Jawapan :

Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Urus setia Tetap DKBPP pada bulan Mei tahun pengurniaan melalui surat tawaran dan senarai penuh penerima DKBPP akan disiarkan dan dimuat naik ke laman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa pada hari Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mana akan disambut pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun setiap tahun.

3. Berapa lamakah tempoh bagi seseorang penerima pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) layak dicalonkan DKBPP yang berikutnya?

Jawapan :

Seseorang individu yang telah dikurniakan DKBPP hanya boleh dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun pengurniaan terdahulu.

4. Mengapakah terdapat nama penerima Darjah Kebesaran Negeri yang tidak dapat dicari menggunakan "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat" walaupun individu tersebut telah pun dikurniakan Darjah Kebesaran oleh negeri yang berkenaan?

Jawapan :

Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) bertanggungjawab untuk menyedia dan telah mempunyai satu sistem rekod yang lengkap dan terkini ke atas semua penerima anugerah Persekutuan. Senarai penerima DKBPP telah dimuat naik ke laman web Jabatan ini bagi tahun 1958 hingga tahun semasa.

Manakala maklumat penerima Darjah Kebesaran peringkat Negeri yang membawa gelaran yang ada di laman web Jabatan ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam Warta Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri (DKBP Negeri) yang dibekalkan kepada Jabatan ini oleh pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing. Hanya senarai penerima Darjah Kebesaran yang telah diwartakan dan dibekalkan ke Jabatan ini sahaja dimuat naik ke laman web rasmi BIUPA. Semakan lanjut boleh dibuat dengan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkaitan sekiranya maklumat penerima tiada di laman web Jabatan ini.

5. Bagaimanakah penentuan bagi kekananan seseorang pegawai kanan kerajaan dalam sesebuah majlis /acara rasmi kerajaan?

Jawapan :

Kekananan seseorang pegawai kanan kerajaan dalam sesebuah majlis/acara rasmi kerajaan adalah ditentukan berdasarkan Susunan Keutamaan Persekutuan (SKP) P.U (B) 506 yang bertarikh 13 November 2014.

6. Adakah BIUPA bertanggungjawab dalam menentukan Taraf Tetamu untuk lawatan wakil kerajaan asing ke Malaysia?

Jawapan :

Tidak. Kementerian/Agensi (penganjur) perlu merujuk kepada Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan input berkenaan pemberian Taraf Tetamu bagi lawatan tersebut.

7. Adakah semua lawatan oleh wakil kerajaan asing ke Malaysia akan diselaraskan oleh BIUPA?

Jawapan :

Tidak. Hanya tetamu berstatus Timbalan Perdana Menteri dan jawatan yang lebih tinggi yang telah mendapat persetujuan YAB Perdana Menteri untuk diberi Taraf Tetamu sahaja akan diselaraskan oleh BIUPA sepenuhnya.

8. Apakah kategori lawatan wakil kerajaan asing yang layak diberikan kemudahan Taraf Tetamu?

Jawapan :

Kategori lawatan wakil kerajaan asing yang layak diberikan Taraf Tetamu adalah seperti berikut:

  • Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Menteri Luar dan Pegawai- Pegawai Pertubuhan Antarabangsa seperti Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk kelulusan;

  • Menteri dan Timbalan Menteri perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk kelulusan; dan

  • Lawatan peringkat pegawai perlu mendapat ulasan daripada Kementerian Luar Negeri dan permohonan tersebut perlu diangkat kepada Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

 

PERINGATAN

JPM boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. JPM juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan JPM.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader